Friday, September 21, 2012

Hadis-hadis Tentang Kelebihan Solat Berjemaah



Dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Solat berjama'ah itu lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat sendirian."
(Muttafaqun alaih)


Dari 'Aisyah r.a tentang kisah sholat berjama'ah Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit. 'Aisyah berkata: 

"Beliau s.a.w datang dan duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Beliau mengimami jama'ah dengan duduk sedang Abu Bakar berdiri. Abu Bakar mengikuti solat Nabi s.a.w dan orang-orang mengikuti sholat Abu Bakar."
(Muttafaqun 'alaih)


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya ingin rasanya aku menyuruh mengumpulkan kayu bakar hingga terkumpul, kemudian aku perintahkan sholat dan diadzankan buatnya, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami orang-orang itu, lalu aku mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri sholat berjama'ah itu dan aku bakar rumah mereka. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang di antara mereka tahu bahawa ia akan mendapatkan tulang berdaging gemuk atau tulang paha yang baik niscaya ia akan hadir (berjamaah) dalam solat Isya' itu.
(Muttafaq alaih) dan lafadznya menurut riwayat Bukhari.)



No comments:

Post a Comment